Follow Us @soratemplates

Wednesday, 28 August 2019

COLLABORATION TOOLS USING PADLET

20:03 1 Comments
🔈🔉🔊

EDUCATIONAL BENEFITS OF PADLET

Anak-anak pelajar generasi kini amat beruntung kerana semua perkara hanya berada di hujung jari masing-masing. Petik sahaja apa yang mahu pasti dapat.

Berbeza dengan generasi kita di abad 20 yang dulu. Mahu dapatkan sesuatu maklumat perlu membelek satu persatu buku-buku yang tebal. Sekarang tanya sahaja syeikh google semua akan dapat. 


Penggunaan teknologi dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) sudah tidak asing lagi bagi para pelajar dan guru pada alaf ini. Malah, guru-guru yang tidak menggunakan teknologi dalam pdpc akan dianggap ketinggalan. Guru-guru perlu kreatif dalam menggunakan teknologi supaya pelajar-pelajar akan tertarik dan minat terhadap pelajaran serta tidak bosan sewaktu pdpc berlangsung.

Sebagai seorang guru Bahasa Arab saya juga tidak ketinggalan untuk memanfaatkan penggunaan teknologi ini dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc).

Satu aplikasi yang memang sentiasa digunakan untuk tujuan kolaborasi di atas talian bersama para pelajar yang selalu digunakan adalah aplikasi PADLET.

PADLET dahulunya dikenali sebagai Wallwhiser merupakan salah satu jenis aplikasi papan interaktif dalam Web 2.0. Papan interaktif ini yang juga dikenali sebagai virtual wall (dinding maya) berfungsi sebagai ruang yang membolehkan murid dan guru dapat berkongsi maklumat seperti teks, gambar, video dan audio dalam satu antara muka. Semua ahli kumpulan akan dapat melihat semua maklumat yang ditulis pada wall dan saling bertukar idea dalam kumpulan mereka.

Dalam entri ini, saya akan berkongsi bagaimana saya menggunakan aplikasi PADLET dalam pdpc bersama-sama anak pelajar saya.

Ternyata, aplikasi PADLET bagi pandangan saya masih lagi asing dalam kalangan pelajar saya kerana mereka langsung tidak pernah mendengar apatah lagi menggunakan aplikasi PADLET ini.

Maka, dari sinilah saya mengambil peluang ini untuk dimanfaatkan dengan sebaiknya bersama para pelajar.

Di sini saya sertakan cara-cara atau panduan untuk menggunakan PADLET. Semoga bermanfaat ya.. ✌

👉Panduan menggunakan padlet (pelajar):

1. Masuk ke laman web ini https://padlet.com


2. Sign up


3. Pelajar boleh memilih "join a padlet"


4. Selepas memilih “join a padlet” pelajar perlu memasukkan url yang dikongsi (share) oleh admin (guru)


Tadaaaa.. sekarang pelajar sudah boleh berkongsi segala maklumat di sini bersama guru dan rakan-rakan dengan menekan butang tambah (warna pink di hujung sebelah kanan)



🔊🔊🔊


Setiap perkara mempunyai kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri. Berdasarkan pengalaman saya sepanjang menggunakan aplikasi ini bersama pelajar terdapat banyak kelebihan menggunakan PADLET ini kepada pelajar dan guru.

Kelebihan penggunaan padlet kepada pelajar :

1. Meningkatkan pencapaian dan minat pelajar terhadap pembelajaran.

2. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan lebih berpusatkan kepada pelajar.

3. Pelajar mendapat pengalaman baru dan menyeronokkan.

4. Pelajar boleh mendapatkan seberapa banyak maklumat yang diberi oleh guru dalam PADLET.

5. Pelajar sendiri boleh memuat naik bahan video lakonan mereka ke dalam wall PADLET atau tugasan-tugasan yang lain untuk dikongsi dengan rakan-rakan atau sebagai eviden tugasan kumpulan mereka.

6. Memudahkan pelajar untuk meneruskan pembelajaran tanpa terikat dengan waktu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Mereka boleh menggunakan PADLET untuk berkomunikasi bersama-sama rakan atau guru semasa cuti sekolah, pada waktu dan lokasi yang berbeza.

Kelebihan penggunaan padlet kepada guru :

1. Dapat memberi peluang kepada guru untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran berasaskan web dalam melaksanakan pdpc.

2. Dapat mengubah kaedah pengajaran tradisional guru yang berasaskan “chalk and talk”. 

3. Guru boleh memuat naik seberapa banyak maklumat dan bahan berkaitan tajuk pelajaran berbanding kaedah tradisional yang terhad kepada penggunaan buku teks atau buku rujukan. 

4. Guru dapat menyediakan bahan pengajaran sekiranya guru bercuti atau menghadiri kursus. Proses pengajaran masih dapat dilakukan walaupun guru tiada di sekolah kerana pelajar boleh merujuk wall Padlet sambil dipantau oleh guru ganti mereka.

⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪

Haaaaa.. jangan tak tahu.. PADLET pun boleh kita gunakan untuk jadikan pendrive jugak tau..! boleh tengok cara-caranya di sini  : 👉https://www.raihanjalaludin.com/2018/07/cara-menjadikan-padlet-seperti-pendrive.html