🔈🔉🔊
EDUCATIONAL BENEFITS OF PADLET
Berbeza dengan
generasi kita di abad 20 yang dulu. Mahu dapatkan sesuatu maklumat perlu
membelek satu persatu buku-buku yang tebal. Sekarang tanya sahaja syeikh
google semua akan dapat.
Penggunaan
teknologi dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) sudah tidak asing lagi
bagi para pelajar dan guru pada alaf ini. Malah, guru-guru yang tidak
menggunakan teknologi dalam pdpc akan dianggap ketinggalan. Guru-guru perlu
kreatif dalam menggunakan teknologi supaya pelajar-pelajar akan tertarik dan
minat terhadap pelajaran serta tidak bosan sewaktu pdpc berlangsung.
Sebagai
seorang guru Bahasa Arab saya juga tidak ketinggalan untuk memanfaatkan
penggunaan teknologi ini dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc).
Satu aplikasi yang memang sentiasa digunakan untuk
tujuan kolaborasi di atas talian bersama para pelajar yang selalu digunakan
adalah aplikasi PADLET.
PADLET
dahulunya dikenali sebagai Wallwhiser merupakan salah satu jenis
aplikasi papan interaktif dalam Web 2.0. Papan interaktif ini yang juga
dikenali sebagai virtual wall (dinding maya) berfungsi sebagai ruang
yang membolehkan murid dan guru dapat berkongsi maklumat seperti teks, gambar,
video dan audio dalam satu antara muka. Semua ahli kumpulan akan dapat melihat
semua maklumat yang ditulis pada wall dan saling bertukar idea dalam kumpulan
mereka.
Dalam entri ini, saya akan berkongsi bagaimana saya
menggunakan aplikasi PADLET dalam pdpc bersama-sama anak pelajar saya.
Ternyata, aplikasi PADLET bagi pandangan saya
masih lagi asing dalam kalangan pelajar saya kerana mereka langsung tidak
pernah mendengar apatah lagi menggunakan aplikasi PADLET ini.
Maka, dari sinilah saya mengambil peluang ini untuk
dimanfaatkan dengan sebaiknya bersama para pelajar.
Di sini saya sertakan cara-cara atau panduan untuk
menggunakan PADLET. Semoga bermanfaat ya.. ✌
👉Panduan menggunakan padlet (pelajar):
1. Masuk ke laman web ini https://padlet.com
2. Sign up
3. Pelajar boleh memilih "join a padlet"
4. Selepas memilih “join a padlet” pelajar perlu
memasukkan url yang dikongsi (share) oleh admin (guru)
Tadaaaa.. sekarang pelajar sudah boleh berkongsi segala maklumat di
sini bersama guru dan rakan-rakan dengan menekan butang tambah ➕ (warna pink di hujung sebelah kanan)
🔊🔊🔊
Setiap perkara mempunyai kelebihan dan kelemahannya
yang tersendiri. Berdasarkan pengalaman saya sepanjang menggunakan aplikasi ini
bersama pelajar terdapat banyak kelebihan menggunakan PADLET ini kepada
pelajar dan guru.
Kelebihan penggunaan padlet kepada pelajar :
1. Meningkatkan pencapaian dan minat pelajar terhadap
pembelajaran.
2. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan
dan lebih berpusatkan kepada pelajar.
3. Pelajar mendapat pengalaman baru dan menyeronokkan.
4. Pelajar boleh mendapatkan
seberapa banyak maklumat yang diberi oleh guru dalam PADLET.
5.
Pelajar sendiri boleh memuat naik bahan video lakonan mereka ke dalam wall PADLET atau tugasan-tugasan yang lain untuk dikongsi dengan rakan-rakan atau
sebagai eviden tugasan kumpulan mereka.
6.
Memudahkan pelajar untuk meneruskan pembelajaran tanpa terikat dengan waktu
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Mereka boleh menggunakan PADLET
untuk berkomunikasi bersama-sama rakan atau guru semasa cuti sekolah, pada
waktu dan lokasi yang berbeza.
Kelebihan penggunaan padlet kepada guru :
1. Dapat
memberi peluang kepada guru untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran berasaskan
web dalam melaksanakan pdpc.
2. Dapat mengubah kaedah
pengajaran tradisional guru yang berasaskan “chalk and talk”.
3. Guru
boleh memuat naik seberapa banyak maklumat dan bahan berkaitan tajuk pelajaran
berbanding kaedah tradisional yang terhad kepada penggunaan buku teks atau buku
rujukan.
4. Guru
dapat menyediakan bahan pengajaran sekiranya guru bercuti atau menghadiri
kursus. Proses pengajaran masih dapat dilakukan walaupun guru tiada di sekolah
kerana pelajar boleh merujuk wall Padlet sambil dipantau oleh guru ganti
mereka.
⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪⧪
Haaaaa.. jangan tak tahu.. PADLET pun boleh kita
gunakan untuk jadikan pendrive jugak tau..! boleh tengok cara-caranya di sini : 👉https://www.raihanjalaludin.com/2018/07/cara-menjadikan-padlet-seperti-pendrive.html
Nice. Good sharing.
ReplyDelete