Follow Us @soratemplates

Wednesday, 4 September 2019

TASMIK and TYPE with Your Voice

Assalamu’alaikum semua..

Dalam entri kali ini ustazah ingin berkongsi dengan anda semua tentang satu lagi kemudahan teknologi yang ustazah gunakan dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) bersama anak-anak pelajar Tingkatan 203 (Kelas Bahasa Arab).

Pernah dengar perkataan TASMIK?

Ya, mungkin ada yang sudah biasa dengar.. dan mungkin ini juga pertama kali mendengar perkataan TASMIK.

Sebelum kita pergi lebih jauh jom ustazah jelaskan dulu apa maksud TASMIK.

“perkataan tasmik diambil daripada Bahasa Arab yang berasal daripada kalimah sa-mi-‘a (سَمِعَ) yang membawa maksud mendengar”

Kebiasaannya TASMIK akan melibatkan guru dan pelajar di mana pelajar akan memperdengarkan bacaan atau hafalan mereka di hadapan guru untuk menguji tahap penguasaan mereka dalam hafalan Al-Quran. Guru akan mendengar hafalan pelajar dengan teliti dan mengesan sebarang kesilapan dalam bacaan pelajar. Jika terdapat kesalahan guru akan memperbetulkan kesalahan tersebut.

Nah.… sekarang sudah jelas apa yang dimaksudkan dengan tasmik?

Alhamdulillah..

🔺🔻🔺🔻🔺🔻🔺🔻🔺🔻🔺🔻🔺🔻

Sekarang ustazah nak ceritakan dengan lebih jelas lagi bagaimana ustazah tasmik pelajar menggunakan teknologi.

Bukan “face to face”..

🔺🔻🔺🔻🔺🔻🔺🔻🔺🔻🔺🔻🔺🔻

Pernah dengar tak google docs?

Haaa.. ustazah guna google docs lah untuk pelajar tasmik dan menulis hafalan mereka..

Hanya menggunakan voice typing sahaja...

Menarik kan…?


👇👇👇



Pelajar diberikan tugasan untuk membaca dan mencari maksud teks Bahasa Arab yang disediakan oleh guru dan menterjemahkannya ke dalam Bahasa Melayu. Setiap pelajar akan mendapat teks yang berbeza-beza.

Selepas semua bacaan lancar disertai dengan sebutan huruf dan baris yang betul dan tepat serta memahami isi kandungan teks, para pelajar dikehendaki menghafal teks masing-masing.

Kemudiannya, selepas hafalan lancar guru meminta para pelajar untuk tasmik hafalan masing-masing di google docs dengan menggunakan voice typing. Pelajar hanya perlu membaca hafalan masing-masing di computer dan voice typing akan mengenalpasti bacaan anda serta auto typing apa yang disebutkan.. di bawah ni ustazah tunjukkan cara-caranya. Moga bermanfaat ya…!

Langkah 1 : Pergi ke carian google dan taip google docs  atau boleh ke link 👉 https://docs.google.com/document/u/0/



Langkah 2 : Klik pada "blank" document.

Langkah 3 : Klik pada "tools" kemudian klik lagi pada "voice typing".


Langkah 4 : Pilih "bahasa" apa yang kita mahu gunakan untuk bercakap.

Langkah 5 : Klik "to speak".


Senang sangat kan...? 😍😍😍


Pelajar yang sudah lancar hafalan cuba menggunakan voice typing dengan tunjuk ajar daripada guru sebelum masing-masing membuat tugasan tersebut di bilik multimedia.

Alhamdulillah.. 

Lagi satu ustazah nak share tentang kelebihan google docs → voice typing ini ialah kalau anda sejenis seorang yang kurang rajin untuk menaip di sinilah tempatnya.. anda hanya perlu baca sahaja apa yang ingin ditaip dan perkataan tersebut akan auto typing. Tapi make sure perkataan yang disebut perlulah jelas dan terang. Haaa.. mudah kan? Semuanya berada di hujung jari jer.. benda yang mudah ada, buat apa nak cari yang susah..!

Feedback pelajar :


Kelebihan google docs → voice typing :
① mudah dan cepat
② pelajar lebih seronok
③ pelajar boleh tasmik tanpa berhadapan dengan guru

🔻🔻🔻🔻🔻

Kelemahan google docs → voice typing :
① memerlukan capaian internet yang laju
② ada beberapa perkataan yang sukar diterjemahkan ke dalam perkataan
③ bacaan perlu kuat, jelas dan tidak boleh terlalu laju


Moga perkongsian ini bermanfaat ya.. 

1 comment: