Follow Us @soratemplates

Tuesday, 17 September 2019

USING ASSESSMENT TOOLS - QUIZIZZ

Menjadi guru di abad ke-21 mempunyai cabarannya yang tersendiri. Guru perlu memahami gaya dan rentak pembelajaran anak-anak pelajar di era serba moden ini dan harus bergerak seiring dengan mereka. Pembelajaran secara tradisional mungkin boleh lagi diterima oleh pelajar yang tinggal di pedalaman. Akan tetapi, bagi pelajar yang bersekolah di bandar-bandar dan sekolah-sekolah elit serta yang berprestij tinggi memerlukan guru untuk sentiasa memerah otak mencari idea untuk menyampaikan pengajaran dalam bentuk yang moden serta menarik dan sesuai dengan peredaran zaman masa kini. Guru perlu sentiasa menggunakan internet dan alatan digital dalam merancang dan berkongsi segala ilmu yang akan disampaikan.


Dalam entri kali ini saya akan berkongsi tentang penggunaan digital assessment tools yang popular dalam kalangan guru dan para pelajar. Berikut disenaraikan beberapa digital assessment tools. Antaranya ialah :

1.    Google Forms
2.    Plickers
3.    Kahoot
4.    Quizizz
5.    Quizlet
6.    Quizalize
7.    Recap
8.    Socrative.com
9.    Nearpod
10. Classflow

11. Seesaw


Ini adalah sebahagian daripada digital assessment tools. Banyak lagi aplikasi lain yang menarik yang boleh digunakan oleh guru-guru dan pelajar dalam membuat penilaian atau soalan-soalan kuiz. 


Daripada yang disenaraikan di atas, saya yakin dan percaya aplikasi Kahoot adalah yang paling popular dan selalu digunakan oleh para guru di dalam pengajaran mereka. Diikuti oleh aplikasi plickers, quizizz, quizalize dan quizlet. Google forms juga tidak ketinggalan dalam menjadi pilihan guru-guru untuk membuat penilaian berterusan kepada para pelajar. Faktor utama penggunaan aplikasi-aplikasi ini menjadi popular adalah kerana ianya percuma serta mudah dan boleh di akses di web atau memasang (install) install tersebut di peranti mudah alih seperti smartphone, ipad dan sebagainya.


Saya juga tidak ketinggalan dalam menggunakan digital assessment tools ini sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Memandangkan pelajar-pelajar saya iaitu pelajar MRSM Gemencheh tidak dibenarkan untuk membawa smartphone, semua aktiviti pembelajaran yang melibatkan teknologi dan capaian internet menjadi sangat terhad. Maka kelas tersebut hanya akan dibuat di makmal computer maktab atau di cyber zone yang terletak di pusat sumber pembelajaran (library) yang perlu ditempah seminggu sebelum kelas dan bergantung kepada kekosongan.


Untuk penilaian pelajar, saya lebih gemar menggunakan aplikasi quizizz. Melalui aplikasi quizizz saya boleh memilih sama ada kuiz yang akan dilaksanakan tersebut dibuat secara langsung (live), atau sebagai kerja rumah. Antara kelebihan lain, guru boleh mengawal kuiz seperti tetapan masa dan sebagainya melalui leaderboard. Di samping itu, apa yang paling penting ialah guru dapat menganalisis laporan kemajuan pelajar terhadap sesuatu topik yang diajar melalui data yang diperoleh kerana selepas game berakhir akan muncul score dan analisis bagi setiap soalan yang dijawab. Ini akan memudahkan guru untuk mengenal pasti kelemahan pelajar dan membantu mereka dalam topik-topik tertentu yang masih lemah.


Kelebihan Quizizz yang lain ialah ianya bersifat interaktif dan menarik dengan adanya tema, muzik, meme yang berunsur humour dan lucu dan banyak lagi. Selain itu, kuiz dapat dibuat dengan pantas dan mudah tanpa mengambil masa yang lama. Pelajar juga tidak berlengah-lengah dalam menjawab soalan berbanding menggunakan pen dan kertas kerana guru telah menetapkan masa menjawab bagi setiap soalan.


Namun demikian, wujud juga kelemahan jika menggunakan quizizz. Perkara yang pernah saya alami ketika menggunakan quizizz ialah pelajar tidak menggunakan nama sebenar ketika memasukkan nama mereka sebelum game bermula. Walaupun di aplikasi tersebut meminta pelajar memasukkan nickname, ia akan menyukarkan guru untuk mengenal pasti pelajar yang meletakkan nama yang pelik-pelik. 

Selain itu, capaian internet yang lembap juga akan mengganggu pelajar ketika menjawab soalan-soalan kuiz tersebut. Ini kerana, melalui quizizz pelajar boleh mengetahui berapa lama masa yang mereka ambil untuk menjawab satu-satu soalan. Dan pelajar yang mengambil masa yang paling pendek dalam menjawab setiap soalan akan berada di ranking yang teratas. Guru boleh melihat dan mengamatinya di leaderboard. Akan tetapi, capaian kelajuan internet bagi setiap computer adalah berlainan. Ada yang laju dan ada yang kurang laju. Apa yang saya perhatikan ada pelajar yang sudah berjaya menjawab tiga soalan. Akan tetapi pada waktu yang sama computer pelajar yang lain masih loading untuk soalan pertama. 

Apa-apa pun ini semua adalah masalah teknikal sahaja dan tidak boleh menjadi satu sebab untuk menghalang guru daripada menggunakan aplikasi ini kepada pelajar. 


Berikut saya kongsikan klip video anak-anak pelajar saya ketika menggunakan aplikasi quizizz ini. 




“if a child can’t learn the way we teach, maybe we should teach the way they learn.”


-          IGNACIO ESTRADA

No comments:

Post a Comment