Gambar sumber google
Siapa pernah menggunakan kertas mahjung untuk tujuan
presentation?
Saya percaya semua pernah menggunakannya…
Kan…….?
Penggunaan kertas mahjung dalam kalangan murid-murid
dalam membentangkan sesuatu topik pembelajaran amat sinonom sebelum ini. Akan
tetapi hari ini penggunaanya semakin berkurangan dan sudah tidak popular dalam
kalangan guru-guru dan murid-murid. Ini kerana seiring dengan kebejatan arus
teknologi pada waktu kini telah muncul pelbagai aplikasi lain yang lagi canggih
dan menarik daripada penggunaan kertas mahjung selaras dengan objektif
pembelajaran di abad 21.
Antara aplikasi pembentangan yang menarik untuk
digunakan oleh pelajar dalam pembelajaran adalah seperti berikut :
- Microsoft PowerPoint
- Prezi
- Canva
- Google slides
- Easily
- Powtoon
- Animoto
Dalam kalangan pelajar saya, mereka lebih gemar
menggunakan Microsoft power point dan canva berbanding aplikasi yang lain.
Antara sebabnya ialah ianya sangat mudah dan tidak mengambil masa yang lama
untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.
Selain itu, perisian Microsoft Office memang sudah sedia ada (installed) di dalam computer
dan pelajar tidak perlu
menggunakan internet lagi.
Penggunaan aplikasi pembentangan seperti ini juga dapat menjimatkan penggunaan kertas
dan dalam masa yang sama dapat menyahut seruan kempen “bumi hijau”.
Jika berlaku
kesilapan maklumat atau ada tambahan maklumat terhadap sesuatu topik yang
dibincangkan, pelajar boleh terus mengedit maklumat tersebut secara langsung. Ianya akan lebih kemas berbanding menggunakan kertas mahjung dan marker pen
yang akan menjadikan kertas lebih comot.
Di samping itu juga, maklumat atau topik-topik yang dibentangkan akan selamat
tersimpan dan pelajar boleh terus membukanya di computer jika mahu
dijadikan rujukan. Berbanding penggunaan kertas, risiko untuk hilang selepas
pembentangan amat tinggi.
Berikut saya kongsikan klip video pembentangan topik Bahasa
Arab oleh pelajar Tingkatan 2 :
semoga bermanfaat yaa..