Follow Us @soratemplates

Friday, 1 November 2019

Assessment Using Google Forms

06:10 2 Comments

Assalamu’alaikum semua…


Ingat lagi tak entri saya sebelum ini yang bertajuk “Using Assessment Tools - Quizizz“?


Atau kalau dah lupa boleh klik dan baca semula di link berikut : https://sitiaisyahaziz.blogspot.com/2019/11/using-assessment-tools-quizizz.html


Terima kasih ya semua…

💙💙💙💙💙💙💙💙💙💙 

Entri kali ni saya mahu kongsikan lagi apa yang saya gunakan untuk membuat ujian dan penilaian kepada pelajar.


Memandangkan peperiksaan akhir semester dua ‘is around the corner’ maka ligatlah otak ni berpusing nak buat kuiz yang macam mana lagi..


Opppss.. baru teringat..


Pada tarikh saya buat kuiz kat anak-anak pelajar saya ambil cuti sebab ada urusan di Kuala Lumpur. Makinlah ligat otak nak cari siapa untuk gantikan kelas. Tambah pula kelas tu waktu petang.


Kalau buat soalan kuiz guna kertas dan pen atau fotostat jer soalan dibimbangi pelajar akan meniru..


Lagi satu, mungkin ada dalam kalangan pelajar yang lambat hantar kertas jawapan mereka..  dan kita tak boleh nak trace kelewatan mereka tersebut.


Fikir punya fikir,,,, dan dapatlah idea..


Jeng.. jeng.. jengggg..!!!


Maka terhasillah soalan kuiz untuk qawa’id (grammar) Bahasa Arab menggunakan Google Forms.


Tak sangka ianya lebih seronok daripada menggunakan aplikasi quizizz. Boleh la cikgu-cikgu lain gunakan kalau tak dapat masuk kelas disebabkan cuti, atau ada mesyuarat dan sebagainya. (ini hanyalah pandangan peribadi dan daripada pengalaman saya sendiri).


Nak tahu apa yang best tentang google forms ni?


Jommm..


Scroll lagi ke bawah…


Baiklah.. kalau nak guna google forms boleh pergi ke link ni ya..



Google forms bukan untuk buat kuiz saja tau.. banyak lagi benda lain yang boleh buat dengan menggunakan google forms ni..


Antaranya ianya selalu digunakan untuk mendapatkan feedback atau survey tentang sesuatu produk atau program dan seumpamanya.

click "Go To Google Forms"


pilih "start a new"
part ni boleh pilih nak yang blank atau guna template yang dah disediakan di "template gallery"


boleh pilih template "education"
saya pilih 'blank quiz'


boleh mula bina soalan dengan menggunakan tetapan yang disediakan



KUIZ BAHASA ARAB 203 was created
lepas dah siap "link soalan" telah diberi kepada pelajar melalui aplikasi "PADLET"


selepas pelajar dah jawab... KITA BOLEH.....?

1. Tengok berapa orang yang respon.
siapa yang tak jawab memang akan kantoi laaa..


2. Boleh tengok "summary" bagi setiap soalan
contoh : soalan no. 5, 28/34 orang yang menjawab dengan betul.
warna hijau tanda jawapan adalah betul
warna kelabu ialah bilangan dan peratus pelajar yang jawab salah mengikut pilihan jawapan


3. Boleh tengok details setiap soalan
contoh : soalan no 5, 28 orang yang respon jawapan yang betul. Admin boleh klik di "28 responses" tersebut untuk melihat detail siapa pelajar yang menjawab soalan dengan jawapan yang betul tersebut. Begitu juga dengan jawapan yang salah.

TAK BOLEH NAK MENIPU OKAY...!!!


4. Boleh analisis jawapan pelajar satu persatu "individual"
contoh : Amirah Syakirah score 20/30.
kita boleh check satu persatu soalan mana yang dia salah dan soalan mana yang dia jawab betul 


5. Boleh tengok semua yang di atas dengan hanya klik di button hijau "view responses in Sheets"
Naaaaahhhh.. lengkap semua. tak perlu susah-susah nak type satu persatu lagi.
score tu nanti 10% akan diambil untuk markah final nanti..


senang kan..?


I'm lovin it


😍😍😍😍😍😍😍


Alhamdulillah.. semua fokus menjawab soalan dan behave semuanya.. Sampai tak perasan ada yang "curik2 snap gambar"


Terima kasih semua.. Semoga bermanfaat.


Kalau ada kesempatan Inshaa Allah next entry saya akan bercerita pula tentang bagaimana saya menggunakan EdPuzzle & Seesaw serta kelebihan dan kekurangan masing-masing..


.    _________________________    .


Monday, 21 October 2019

Presentation Using PPT & Canva

20:30 0 Comments

Gambar sumber google


Siapa pernah menggunakan kertas mahjung untuk tujuan presentation?


Saya percaya semua pernah menggunakannya…


Kan…….?


Penggunaan kertas mahjung dalam kalangan murid-murid dalam membentangkan sesuatu topik pembelajaran amat sinonom sebelum ini. Akan tetapi hari ini penggunaanya semakin berkurangan dan sudah tidak popular dalam kalangan guru-guru dan murid-murid. Ini kerana seiring dengan kebejatan arus teknologi pada waktu kini telah muncul pelbagai aplikasi lain yang lagi canggih dan menarik daripada penggunaan kertas mahjung selaras dengan objektif pembelajaran di abad 21.


Antara aplikasi pembentangan yang menarik untuk digunakan oleh pelajar dalam pembelajaran adalah seperti berikut :

  • Microsoft PowerPoint
  • Prezi
  • Canva
  • Google slides
  • Easily
  • Powtoon
  • Animoto


Dalam kalangan pelajar saya, mereka lebih gemar menggunakan Microsoft power point dan canva berbanding aplikasi yang lain.


Antara sebabnya ialah ianya sangat mudah dan tidak mengambil masa yang lama untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.


Selain itu, perisian Microsoft Office memang sudah sedia ada (installed) di dalam computer dan pelajar tidak perlu menggunakan internet lagi.


Penggunaan aplikasi pembentangan seperti ini juga dapat menjimatkan penggunaan kertas dan dalam masa yang sama dapat menyahut seruan kempen “bumi hijau”.


Jika berlaku kesilapan maklumat atau ada tambahan maklumat terhadap sesuatu topik yang dibincangkan, pelajar boleh terus mengedit maklumat tersebut secara langsung. Ianya akan lebih kemas berbanding menggunakan kertas mahjung dan marker pen yang akan menjadikan kertas lebih comot.


Di samping itu juga, maklumat atau topik-topik yang dibentangkan akan selamat tersimpan dan pelajar boleh terus membukanya di computer jika mahu dijadikan rujukan. Berbanding penggunaan kertas, risiko untuk hilang selepas pembentangan amat tinggi.


Berikut saya kongsikan klip video pembentangan topik Bahasa Arab oleh pelajar Tingkatan 2 : 





semoga bermanfaat yaa..

Tuesday, 17 September 2019

USING ASSESSMENT TOOLS - QUIZIZZ

14:30 0 Comments
Menjadi guru di abad ke-21 mempunyai cabarannya yang tersendiri. Guru perlu memahami gaya dan rentak pembelajaran anak-anak pelajar di era serba moden ini dan harus bergerak seiring dengan mereka. Pembelajaran secara tradisional mungkin boleh lagi diterima oleh pelajar yang tinggal di pedalaman. Akan tetapi, bagi pelajar yang bersekolah di bandar-bandar dan sekolah-sekolah elit serta yang berprestij tinggi memerlukan guru untuk sentiasa memerah otak mencari idea untuk menyampaikan pengajaran dalam bentuk yang moden serta menarik dan sesuai dengan peredaran zaman masa kini. Guru perlu sentiasa menggunakan internet dan alatan digital dalam merancang dan berkongsi segala ilmu yang akan disampaikan.


Dalam entri kali ini saya akan berkongsi tentang penggunaan digital assessment tools yang popular dalam kalangan guru dan para pelajar. Berikut disenaraikan beberapa digital assessment tools. Antaranya ialah :

1.    Google Forms
2.    Plickers
3.    Kahoot
4.    Quizizz
5.    Quizlet
6.    Quizalize
7.    Recap
8.    Socrative.com
9.    Nearpod
10. Classflow

11. Seesaw


Ini adalah sebahagian daripada digital assessment tools. Banyak lagi aplikasi lain yang menarik yang boleh digunakan oleh guru-guru dan pelajar dalam membuat penilaian atau soalan-soalan kuiz. 


Daripada yang disenaraikan di atas, saya yakin dan percaya aplikasi Kahoot adalah yang paling popular dan selalu digunakan oleh para guru di dalam pengajaran mereka. Diikuti oleh aplikasi plickers, quizizz, quizalize dan quizlet. Google forms juga tidak ketinggalan dalam menjadi pilihan guru-guru untuk membuat penilaian berterusan kepada para pelajar. Faktor utama penggunaan aplikasi-aplikasi ini menjadi popular adalah kerana ianya percuma serta mudah dan boleh di akses di web atau memasang (install) install tersebut di peranti mudah alih seperti smartphone, ipad dan sebagainya.


Saya juga tidak ketinggalan dalam menggunakan digital assessment tools ini sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Memandangkan pelajar-pelajar saya iaitu pelajar MRSM Gemencheh tidak dibenarkan untuk membawa smartphone, semua aktiviti pembelajaran yang melibatkan teknologi dan capaian internet menjadi sangat terhad. Maka kelas tersebut hanya akan dibuat di makmal computer maktab atau di cyber zone yang terletak di pusat sumber pembelajaran (library) yang perlu ditempah seminggu sebelum kelas dan bergantung kepada kekosongan.


Untuk penilaian pelajar, saya lebih gemar menggunakan aplikasi quizizz. Melalui aplikasi quizizz saya boleh memilih sama ada kuiz yang akan dilaksanakan tersebut dibuat secara langsung (live), atau sebagai kerja rumah. Antara kelebihan lain, guru boleh mengawal kuiz seperti tetapan masa dan sebagainya melalui leaderboard. Di samping itu, apa yang paling penting ialah guru dapat menganalisis laporan kemajuan pelajar terhadap sesuatu topik yang diajar melalui data yang diperoleh kerana selepas game berakhir akan muncul score dan analisis bagi setiap soalan yang dijawab. Ini akan memudahkan guru untuk mengenal pasti kelemahan pelajar dan membantu mereka dalam topik-topik tertentu yang masih lemah.


Kelebihan Quizizz yang lain ialah ianya bersifat interaktif dan menarik dengan adanya tema, muzik, meme yang berunsur humour dan lucu dan banyak lagi. Selain itu, kuiz dapat dibuat dengan pantas dan mudah tanpa mengambil masa yang lama. Pelajar juga tidak berlengah-lengah dalam menjawab soalan berbanding menggunakan pen dan kertas kerana guru telah menetapkan masa menjawab bagi setiap soalan.


Namun demikian, wujud juga kelemahan jika menggunakan quizizz. Perkara yang pernah saya alami ketika menggunakan quizizz ialah pelajar tidak menggunakan nama sebenar ketika memasukkan nama mereka sebelum game bermula. Walaupun di aplikasi tersebut meminta pelajar memasukkan nickname, ia akan menyukarkan guru untuk mengenal pasti pelajar yang meletakkan nama yang pelik-pelik. 

Selain itu, capaian internet yang lembap juga akan mengganggu pelajar ketika menjawab soalan-soalan kuiz tersebut. Ini kerana, melalui quizizz pelajar boleh mengetahui berapa lama masa yang mereka ambil untuk menjawab satu-satu soalan. Dan pelajar yang mengambil masa yang paling pendek dalam menjawab setiap soalan akan berada di ranking yang teratas. Guru boleh melihat dan mengamatinya di leaderboard. Akan tetapi, capaian kelajuan internet bagi setiap computer adalah berlainan. Ada yang laju dan ada yang kurang laju. Apa yang saya perhatikan ada pelajar yang sudah berjaya menjawab tiga soalan. Akan tetapi pada waktu yang sama computer pelajar yang lain masih loading untuk soalan pertama. 

Apa-apa pun ini semua adalah masalah teknikal sahaja dan tidak boleh menjadi satu sebab untuk menghalang guru daripada menggunakan aplikasi ini kepada pelajar. 


Berikut saya kongsikan klip video anak-anak pelajar saya ketika menggunakan aplikasi quizizz ini. 




“if a child can’t learn the way we teach, maybe we should teach the way they learn.”


-          IGNACIO ESTRADA

Wednesday, 4 September 2019

TASMIK and TYPE with Your Voice

17:43 1 Comments
Assalamu’alaikum semua..

Dalam entri kali ini ustazah ingin berkongsi dengan anda semua tentang satu lagi kemudahan teknologi yang ustazah gunakan dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) bersama anak-anak pelajar Tingkatan 203 (Kelas Bahasa Arab).

Pernah dengar perkataan TASMIK?

Ya, mungkin ada yang sudah biasa dengar.. dan mungkin ini juga pertama kali mendengar perkataan TASMIK.

Sebelum kita pergi lebih jauh jom ustazah jelaskan dulu apa maksud TASMIK.

“perkataan tasmik diambil daripada Bahasa Arab yang berasal daripada kalimah sa-mi-‘a (سَمِعَ) yang membawa maksud mendengar”

Kebiasaannya TASMIK akan melibatkan guru dan pelajar di mana pelajar akan memperdengarkan bacaan atau hafalan mereka di hadapan guru untuk menguji tahap penguasaan mereka dalam hafalan Al-Quran. Guru akan mendengar hafalan pelajar dengan teliti dan mengesan sebarang kesilapan dalam bacaan pelajar. Jika terdapat kesalahan guru akan memperbetulkan kesalahan tersebut.

Nah.… sekarang sudah jelas apa yang dimaksudkan dengan tasmik?

Alhamdulillah..

🔺🔻🔺🔻🔺🔻🔺🔻🔺🔻🔺🔻🔺🔻

Sekarang ustazah nak ceritakan dengan lebih jelas lagi bagaimana ustazah tasmik pelajar menggunakan teknologi.

Bukan “face to face”..

🔺🔻🔺🔻🔺🔻🔺🔻🔺🔻🔺🔻🔺🔻

Pernah dengar tak google docs?

Haaa.. ustazah guna google docs lah untuk pelajar tasmik dan menulis hafalan mereka..

Hanya menggunakan voice typing sahaja...

Menarik kan…?


👇👇👇



Pelajar diberikan tugasan untuk membaca dan mencari maksud teks Bahasa Arab yang disediakan oleh guru dan menterjemahkannya ke dalam Bahasa Melayu. Setiap pelajar akan mendapat teks yang berbeza-beza.

Selepas semua bacaan lancar disertai dengan sebutan huruf dan baris yang betul dan tepat serta memahami isi kandungan teks, para pelajar dikehendaki menghafal teks masing-masing.

Kemudiannya, selepas hafalan lancar guru meminta para pelajar untuk tasmik hafalan masing-masing di google docs dengan menggunakan voice typing. Pelajar hanya perlu membaca hafalan masing-masing di computer dan voice typing akan mengenalpasti bacaan anda serta auto typing apa yang disebutkan.. di bawah ni ustazah tunjukkan cara-caranya. Moga bermanfaat ya…!

Langkah 1 : Pergi ke carian google dan taip google docs  atau boleh ke link 👉 https://docs.google.com/document/u/0/



Langkah 2 : Klik pada "blank" document.

Langkah 3 : Klik pada "tools" kemudian klik lagi pada "voice typing".


Langkah 4 : Pilih "bahasa" apa yang kita mahu gunakan untuk bercakap.

Langkah 5 : Klik "to speak".


Senang sangat kan...? 😍😍😍


Pelajar yang sudah lancar hafalan cuba menggunakan voice typing dengan tunjuk ajar daripada guru sebelum masing-masing membuat tugasan tersebut di bilik multimedia.

Alhamdulillah.. 

Lagi satu ustazah nak share tentang kelebihan google docs → voice typing ini ialah kalau anda sejenis seorang yang kurang rajin untuk menaip di sinilah tempatnya.. anda hanya perlu baca sahaja apa yang ingin ditaip dan perkataan tersebut akan auto typing. Tapi make sure perkataan yang disebut perlulah jelas dan terang. Haaa.. mudah kan? Semuanya berada di hujung jari jer.. benda yang mudah ada, buat apa nak cari yang susah..!

Feedback pelajar :


Kelebihan google docs → voice typing :
① mudah dan cepat
② pelajar lebih seronok
③ pelajar boleh tasmik tanpa berhadapan dengan guru

🔻🔻🔻🔻🔻

Kelemahan google docs → voice typing :
① memerlukan capaian internet yang laju
② ada beberapa perkataan yang sukar diterjemahkan ke dalam perkataan
③ bacaan perlu kuat, jelas dan tidak boleh terlalu laju


Moga perkongsian ini bermanfaat ya..